top of page
  • admin

Kerajaan PH BN ‘manis di luar, pahit di jiwa’


KENAPA PH gelabah dengan kenyataan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH), pasal atap bocor?


TGHH baru campak batu halus, semua dah terloncat-loncat seakan dituba. Kita pun tak sangka sebegitu reaksi mereka.


Sekali gus seakan mengiya terdapat masalah besar dalam Kerajaan Campuran PH-BN-GPS ini. Menanti pecah.


Cara mereka respon itu, seperti mereka dalam keadaan amat takut dan trauma yang dalam.


Seakan-akan kejadian tumbangnya kerajaan 22 bulan dahulu akan berlaku lagi dengan masa lebih cepat kali ini.


Lihat sahaja dalam Parlimen, semalam begitu sekali DAP menibai GPS, semacam GPS itu bukan dalam kerajaan yang sama.


Begitu juga teguran keras dari Ahli Parlimen BN terhadap kerajaan. Hinggakan Mat Sabu pun rasa terkejut dikomen sesama sendiri.


Itu tak kira pergolakan dalam parti, pertembungan kem dalam setiap parti juga amat menarik dan semakin menajam.


Ada yang kata, inilah semangat demokrasi Kerajaan Madani. Hehe. Teruskanlah melumurkan gula pada peria. Manis di luar, pahit di jiwa.


AHMAD FAHMI MOKHTAR

Darulnaim Research Centre

bottom of page