top of page
  • admin

Kerajaan sekarang cakap pandai, tapi tak buat seperti yang dicakap -Tun Mahathir


KUALA LUMPUR 19 Mac:Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat ‘gangguan’ daripada Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang terhadap rancangan orang Melayu untuk mengadakan perhimpunan, seolah-olah Malaysia bukan lagi negara Melayu.


Beliau tidak faham kenapa kerajaan sekarang dibawah pimpinan perdana menteri Anwar Ibrahim begitu takut, sehingga orang Melayu tidak dibenar bertemu, malah perjumpaan berasaskan Melayu dianggap rasis.


Tun Mahatir menzahirkan rasa terkilan disebabkan kerajaan sekarang nampak takut sangat, sehinggakan hak orang melayu untuk mengadakan pogram di nafikan .Kebebasan dan hak orang Melayu disekat,seolah-olah Malaysiai bukanlah negara mejoriti bangsa Melayu..


Beliau berasa pelik terhadap kerajaan sekarang,kelihatan bersunguh-sunguh untuk melawan rasuah namun yang disiasat hanya mereka daripada parti lawan. Mereka daripada parti kerajaan juga terlibat dengan rasuah terutamanya UMNO tiada mendapat perhatian dari kerajaan.


Beliau berkata,UMNO belanja cukup banyak duit dalam pilihan raya yang baru lepas. kita lihat begitu banyak bendera dan sebagainya pastinya memerlukan perbelanjaan yang banyak.


Beliau mempertikaikan daripada mana sumber kewangan yang begitu banyak oleh UMNO, jika tidak secara rasuah, jelas beliau lagi pada sidang media mengumumkan deklarasi Melayu di ibu negara, hari ini (Ahad, 19 Mac 2023).


Bekas Pengerusi PEJUANG itu berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menjalankan siasatan terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah atau tidak.


Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata apa yang dilihat ialah kerajaan yang ada sekarang ini cuma memberi tumpuan kepada parti lawan saja, manakala parti yang berkuasa tidak terlibat dengan rasuah, sedangkan semua tahu ada parti dalam kerajaan juga terlibat dengan rasuah.


Kerajaan sekarang mungkin jadi hero untuk melawan rasuah. Tapi mereka tak lawan dengan diri sendiri. Kerana mereka pun terlibat dengan rasuah. Inilah keadaan yang terdapat dalam negara kita sekarang ini.


Beliau menambah, kerajaan sekarang tidak boleh ditegur oleh sesiapa daripada ,tapi rakyat sepatutnya ada hak untuk tegur kerajaan.


“Tapi kerajaan ini bukan saja tak bagi… kalau parti lawan… nak ambil tindakan… nak tangkap nak masuk dalam jail dan sebagainya supaya dalam pilihan raya akan datang tak ada parti lawan. Cuma ada parti kerajaan saja dia boleh dapat menang tanpa bertandinglah.


“Kerajaan yang ada sekarang ini zalim bukan main. Cakap pandai, tapi tak buat seperti yang dicakap . Sebab itu kita berhak untuk menyatakan perasaan tidak puas hati, perasaan marah kita bukan sahaja kerana kita orang Melayu, tapi kita rakyat Malaysia ini,” katanya lagi.


Bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali yang turut membantu mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong buat pembebasan Anwar juga berkata kerajaan yang menghalang teguran dan perjumpaan Melayu adalah kerajaan diktator.


“Rakyat berhak tegur kerajaan. Kerajaan yang halang perjumpaan ini adalah kerajaan diktator. Walhal masa dia bukan kerajaan, buat demonstrasi tiap-tiap minggu. Hari Sabtu saja ada demonstrasi. Ganas, angkat kereta, buang dalam longkang.


“Kita bukan nak buat macam tu. Kita (perhimpunan) ikut peraturan dan undang-undang (tapi) masih juga tak dibenar. Tapi kita ada hak dalam negara kita ini. Ini kerajaan diktator. Tak boleh orang bercakap. Tak boleh orang tegur.


“Di Malaysia ni tak bebas lagi. Tak bebas lagi, sehingga media pun tak boleh lapor perkara sebenar,” katanya.

bottom of page