top of page
  • newsatmy

Kerap Kongsi Gambar Berhijab Di IG, Nur Fazura Kini Dah Berhijrah?

9 Jun 2021

Penampilan pelako jelita, Nur Fazura yang kerap memuat naik foto memaparkan dirinya berhijab ternyata telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Antara persoalan yang timbul adalah adakah isteri kepada Fattah Amin ini telah berhijab sepenuhnya atau tidak? Rata-rata peminat tampil menyambut baik penampilan terbaru yang digayakan Fazura dan ramai yang mendoakan agar pelakon Gol Dan Gincu ini istiqamah untuk bertudung sepenuhnya. Jika sebelum ini Fazura mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan, namun kali ini gayanya di media sosial sedikit berbeza apabila ‘newsfeed’ Instagramnya lebih banyak memaparkan dirinya bertudung. Meninjau ruangan komen, ramai peminat meninggalkan doa dan kata yang baik-baik buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.

“Cantiknya Fazura. Harap sangat dah berhijab. Amin ya rabbal alamin. Saya sangat mengagumi anda.” tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, Fazura yang pernah ditemubual sebuah media turut disoal mengenai isu bertudung dan penghijrahannya kini.

Ujarnya, soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi, namun sekiranya dia sudah bersedia, dia tidak akan membuat sebarang pengumuman. “Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya..” ujarnya ketika ditemui media.

bottom of page