top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kereta Mewah Anwar Atas Nama Yayasan?

13 Jun 2021

Tular di media sosial apabila Che'Gu Bard memuat naik posting mengenai Kereta mewah berjenama Jaguar yang dinaiki Anwar Ibrahim ke Istana Negara ramai KUPAI dan Geng MACAI apabila ada yang mempersoalkan dan menjawab 'apa salahnya Anwar Ibrahim naik kereta mewah? Kerajaan dia jauh mampu kerana walaupun dia bekas banduan tetapi dia menang saman sana sini'.


Isunya bukan Anwar Ibrahim mampu atau tidak tetapi kenderaan mewah itu dibeli atas nama YAYASAN AMAN sebuah Yayasan yang ditubuhkan untuk mengumpul wang sumbangan korporat dan penyumbang diberi kelebihan elak atau pengurangan membayar cukai atas sumbangan kepada yayasan.


Yayasan Aman diberi kebenaran beroperasi kerana menyatakan objektif yayasan ialah kumpul derma dana untuk membantu orang susah.


Yayasan juga boleh mendapat derma sumbangan kerajaan untuk beraktiviti sesuai dengan matlamatnya.


Seperti Zahid Hamidi, diakui beliau ada duit tetapi beliau tetap salah apabila beliau gunakan duit Yayasan Akal Budi untuk tujuan peribadi dan guna duit Yayasan diluar objektif penubuhan yayasan.


Lembaga Pengarah Yayasan Aman ialah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.


Menurut sebuah agensi Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) pernah mengeluarkan laporan bertajuk "Yayasan dan Derma: Pembiayaan Politik, Rasuah, dan Mengejar Kuasa.


Dalam laporan C4 antaranya ada Yayasan digunakan untuk "cuci duit". Dalam laporan sama turut menyentuh Yayasan Aman.


Persoalan muncul ialah duit Yayasan yang diderma berakhir dengan kereta mewah, adakah ia satu yang betul?


Dilampirkan keratan butiran daftar JPJ jelas tunjukkan Yayasan Aman sebagai pemilik.


Ketika pembelian kenderaan mewah itu lembaga pengarah bermesyuarat?


Maka lembaganya Anwar dan Azizah putuskan gunakan wang derma untuk beli kereta mewah kegunaan Anwar?


Ia bentuk jelas conflict of interest.


Banyak Yayasan beli kenderaan tetapi ia berbentuk van jenazah, bas untuk anak yatim dan seumpamanya bukan kenderaan mewah.


Yayasan ini pertubuhan kebajikan berdaftar dan ada syarat, wang yg dikutip, walaupun wang peribadi yang diberikan, tidak boleh digunakan kepada perkara lain selain dari objektif utama penubuhan yayasan tersebut.


Mungkin ini masanya untuk PDRM atau SPRM masuk menyiasat semua dokumen LHDN bersangkutan Yayasan Aman, senarai penderma, jumlah yg diderma dan bagaimana digunakan itu penting, khususnya tarikh AGM.


Selepas itu, wajar disemak dan diisytiharkan semua penderma, ada tak sebarang transaksi mungkin dari Kerajaan Selangor , Pulau Pinang dan N.Sembilan ataupun kerajaan Pusat khususnya bila isteri Anwar sedang menjadi Timbalan Menteri juga Menteri Kebajikan.

Bila meneliti kes Yayasan Akal Budi maka perlu diteliti adakah pihak berkepentingan dalam projek kerajaan menjadi penyumbang kepada Yayasan Aman.


Satu lagi ialah perlu dilihat akaun bank, siapa yg tandatangan cek, atau arahan keluarkan wang.


Selain kereta mewah yang di guna Anwar Ibrahim ke mana lagi perbelanjaan Yayasan Aman digunakan?




--PN Online

bottom of page