top of page
  • Farah

Kerjasama YVATM, PTPTN, manfaat anak-anak Veteran ATM melanjutkan pengajian


KUALA LUMPUR, 13 Jan- Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memeterai Memorandum Persefahaman dalam usaha menyantuni keperluan pendidikan anak Veteran ATM. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid optimis kerjasama itu akan memaksimumkan fungsi dan peranan kedua-dua agensi agar dapat dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat terutama dalam penabungan untuk pendidikan tinggi. "PTPTN akan menerima sumbangan berjumlah RM1 juta daripada YVATM melalui program insentif simpanan anak Veteran ATM.


"Seramai 1,000 anak Veteran ATM yang lahir pada tahun 2022 akan menerima sumbangan dalam bentuk akaun simpan SSPN Prime berjumlah RM1,000.00 setiap seorang", katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis MoU antara PTPTN dan YVATM di ibu negara. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YVATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata bantuan RM1,000.00 itu akan memastikan anak-anak dapat membiayai kos melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi selepas berumur 18 tahun. "Jumlah simpanan akan bertambah pada setiap tahun mengikut kadar dividen yang diumumkan oleh PTPTN. "Simpanan ini juga menyediakan perlindungan takaful secara percuma yang memberikan manfaat khairat kematian berjumlah RM 2,000.00 kepada waris sepanjang tempoh tabungan", katanya. Bagi menyokong kerjasama itu, PTPTN turut memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM50,000.00 bagi Program Dermasiswa Anak Anggota dan Veteran ATM. Sumbangan itu akan diberi kepada 500 anak anggota dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Menerusi MoU yang dimeterai tersebut, PTPTN dan YVATM bersetuju untuk mengadakan kolaborasi dalam pelbagai program untuk manfaat kakitangan serta tanggungan, keluarga dan masyarakat. Antaranya Program Insentif Simpanan Anak Veteran ATM termasuk Program Dermasiswa Anak ATM dan Veteran ATM

bottom of page