top of page
  • newsatmy

Kes aktif naik, 84 kematian dilaporkan akibat covid 19

Updated: Oct 27, 2021

27 Oktober 2021

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, 84 pesakit Covid-19 di seluruh negara dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, 26 Oktober 2021, yang dicatatkan pada Isnin.


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan dilaman sesawang convidnow.moh.gov.my, kumulatif kematian sejak pandemik hingga semalam mencecah 28,576 orang.


Jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID) seramai 5,771 kes.


Semalam, sebanyak 20 lagi kematian BID dilaporkan di seluruh negara.


Sarawak merekodkan jumlah kematian sebanyak 19 kes, enam kes BID. Secara keseluruhan sejak awal tahun lalu negeri itu mencatat 1,239 kes kematian akibat Covid-19, termasuk 225 kes BID.


KKM juga memaklumkan Sabah mencatat 16 kematian semalam, diikuti Perak (12 kes); Selangor (lapan); masing-masing tujuh kes di Johor dan Terengganu; Kedah (enam); dan Kelantan (lima kes).


Melaka, Pahang, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatat satu kes kematian, manakala tiada kes dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan, dan Putrajaya.


Sementara itu, KKM turut memaklumkan sehingga semalam 73,258 kes masih aktif, naik 35 kes berbanding semalam.


Daripada jumlah itu, 56,484 atau 77.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 9,580 ditempatkan di PKRC, 6,610 dirawat di hospital dan 584 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 305 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

bottom of page