top of page
newsatmy

Kes baharu sekitar 5000,terendah dalam tempoh 5 bulan

18 Oktober-LUALA LUMPUR

Jumlah kes baharu Covid-19 turun lagi ke paras terendah hari ini kepada 5,434 kes berbanding 6,145 kes yang dilaporkan semalam, kata Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata angka itu menjadikan kumulatif sejak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 2,396,121 kes. Kali terakhir negara merekodkan jumlah kes harian terendah adalah pada 28 Jun lalu apabila mencatatkan 5,218 kes, sebelum mula meningkat kepada angka melebihi 6,437 pada 29 Jun. Sejak itu, jumlah jangkitan harian tidak pernah turun di bawah 6,000 kes. Jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan adalah pada 26 Ogos lalu apabila mencatat 24,599 kes dalam tempoh 24 jam. Agenda Daily akan memberikan maklumat terkini mengenai pecahan kes harian mengikut negeri dari semasa ke semasa.


Comentarios


bottom of page