top of page
  • newsatmy

Kes baru bawah 1,000, terendah untuk tahun ini

29 Mac 2021 Angka ini adalah yang terendah untuk tahun ini.


Sementara itu, kali terakhir kes harian bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020.

Hanya empat negeri mencatat tiga angka untuk kes baru, iaitu Selangor (219 kes), Sarawak (192) Johor (171) dan Pulau Pinang (164).

Beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat angka bawah 10 kes, iaitu:

  • Melaka (8)

  • Pahang (5)

  • Perak (5)

  • Terengganu (4)

  • Putrajaya (1)

  • Labuan (1)

Perlis terus dilaporkan tiada kes baru.

Status terkini:

Kes sembuh: 1,097 Jumlah kes sembuh: 327,406

Kes baharu positif: 941 (933 tempatan, 8 import) Jumlah positif: 342,885

Kes kematian: 5 Jumlah kes kematian: 1,260

Kes dirawat di ICU: 166 Bantuan alat pernafasan: 73

-MalaysiaKini

bottom of page