Kes harian melonjak, gelombang omicron sudah bermula – Menteri Kesihatan
27 Januari 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa gelombang varian Omicron sudah bermula dan jumlah kes akan makin meningkat dari hari ke hari.
Namun begitu, ujar Khairy, gelombang jangkitan virus itu masih terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi.
Gelombang Omicron bermula di Malaysia. Kes akan ?? namun Insya’Allah terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi. Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama2 kita mengatasi gelombang ini. Mask. #TRIIS. Booster. #PICKids. https://t.co/KYLzwPon1w — Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) January 26, 2022
Jelasnya lagi, sistem kesihatan kini sudah bersedia bagi menghadapi gelombang tersebut di mana kes serius juga semakin kurang di samping rakyat perlulah sentiasa mematuhi SOP iaitu memakai pelitup muka, TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan cari), selain mengambil suntikan vaksin penggalak dan mendaftar anak-anak dengan program vaksinasi kanak-kanak.
Perkara tersebut diuar-uarkan Khairy menerusi satu ciapan di Twitter miliknya yang memberi respon kepada twit Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah mengenai jumlah terkini kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari tadi.
Hari ini (26 Januari 2022) kes positif harian COVID-19 dilihat telah melonjak naik kepada 4,744 menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 2,844,969 kes.
Comments