top of page
Writer's pictureArissa Azman

Kes makin naik, KJ akan perkenal sistem Amaran Risiko Tinggi

23 NOVEMBER 2021

Seperti yang dapat kita perhatikan, ada sedikit peningkatan kes harian Covid-19 dan ia membuatkan rakyat Malaysia bimbang.


Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal perkenalkan satu sistem baru, Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes COVID-19 dalam negara.


Perkara itu diumumkan oleh menterinya, Khairy Jamaluddin. Katanya, sistem itu akan cadang sektor-sektor yang akan diperketat jika ada sebarang peningkatan kes, tetapi bukanlah sekatan penuh, lapor Astro Awani.


Katanya, sistem itu ada perincian yang menunjukkan situasi bagaimana ia boleh diguna pakai. Ianya akan diumumkan dalam masa seminggu atau dua minggu nanti.


“Kalau boleh kita mahu elak sekatan pergerakan, sebab sekatan pergerakan ini bukan hanya mengganggu ekonomi tetapi memberi kesan yang lain, kesan kesejahteraan keluarga dan kesihatan mental, saya rasa rakyat mungkin tidak boleh menghadapi satu lagi sekatan pergerakan.”


Beliau juga berpesan agar tidak terlalu selesa kerana sistem kesihatan KKM ada memberikan tanda-tanda awal peningkatan kes Covid-19. Bagaimanapun keadaan masih terkawal.


“Jika trend ini berterusan, kita terpaksa menyediakan katil bagi rawatan kritikal seperti di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bekalan oksigen bagi merawat pesakit.”


Dalam pada itu, menerusi laman Twitter miliknya, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kadar kemasukan hospital sudah semakin meningkat.


Bagaimanapun, majoritinya terdiri daripada golongan warga emas/golongan komorbid yang dijangkiti kontak rapat.


Oleh itu, KJ berpesan agar orang ramai sentiasa memakai pelitup muka dan dapatkan dos penggalak jika terima termujanji.

Comentarios


bottom of page