top of page
  • cik skod

Kesan Buruk Anak Makan Sambil Tengok Gajet,

18 Ogos

Teknologi hari ini semakin lama semakin canggih teknologi yang dikeluarkan dari tahun ke tahun. Melalui modenisasi telah merubah gaya hidup manusia dalam menjalani kehidupan seharian


Aktiviti kehidupan setiap hari seperti bekerja, belajar mahupun bersosial jauh berbeza seperti masyarakat terdahulu.

Teknologi ini juga bukan sahaja digunakan oleh golongan dewasa, namun kini kanak-kanak juga bijak menggunakan alat-alat seperti telefon pintar dan tablet.Ada dikalangan anak-anak terlalu taksub terhadap penggunaan gajet dan ini boleh memberi kesan yang buruk kepada mereka.


Bagaimana, seorang wanita telah berkongsi sebuah hantaran mengenai kesan buruk yang berlaku sekiranya mengabaikan anak bermain gajet lebih-lebih lagi pada waktu makan bersama keluarga.


Hantaran tersebut telah dikongsi di laman Facebook RuQayyah Muhd yang berkongsi caranya mendidik anak supaya tidak bermain gajet semasa makan bersama.Beliau tidak membenarkan anak-anaknya mengunakan gajet ketika waktu makan .


Dia turut meluahkan pemerhatiannya yang rata-rata kini anak-anak disajikan dengan gajet di tangan semasa makan oleh ibu bapa sebagai pemudahcara.


Menurut hantaran itu juga, dia berkongsi bahawa terdapat banyak kesan buruk yang berlaku sekiranya membiarkan anak mengadap gajet semasa makan dimana antara keburukannya seperti kepuasan makan itu tidak muncul kerana fikiran kita fokus ke arah gajet semata-mata.


Menurutnya juga, proses penghadaman itu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.


Selain itu juga, dia menegaskan bahawa waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga meluangkan masa bersama-sama selepas sehari semua sibuk melakukan hal masing-masing dan waktu makan jugalah mengumpulkan sekeluarga di satu tempat.


Dia juga memberikan cadangan kepada para ibu bapa agar berfikiran kreatif dengan membuat aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anak di meja makan seperti bermain permainan kad, membawa buku aktiviti dan buku mewarna sementara tunggu makanan sampai.


bottom of page