top of page
  • newsatmy

Kesetiaan Zhafri akhirnya buahkan hasil

2 Disember 2021

KEJAYAAN penyerang KL City, Zhafri Yahya, memastikan jaringan pembukaan membawa kepada pemilihan dari wakil media untuk dia dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan final Piala Malaysia pada Selasa.


Walaupun ada yang menyifatkan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza, lebih layak untuk pengiktirafan itu.


Jaringan pembukaan itu adalah pencetus kepada kejayaan KL City dan sekali gus memberikan tamparan hebat kepada kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila merakamkan kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.


Prestasi Zhafri menyerlahkan kemahuannya untuk menamatkan badi 32 tahun tanpa Piala Malaysia buat KL City selain kesetiaan pemain itu dalam tempoh enam tahun menyaksikan turun naik pasukan sehingga kejayaan dicapai pada Selasa.


"Sebagai pasukan bukan pilihan, kami memberikan fokus dalam setiap perlawanan bertemu mana-mana lawan. Itu sebab kami berjaya merekodkan 21 perlawanan tanpa kalah sementara mengikut setiap perancangan yang ditetapkan jurulatih," kata Zhafri.

Comments


bottom of page