top of page
  • admin

Kestabilan dilaung BN hanya mitos-Dr. Aleef Yusof


PETALING JAYA 30 Mac: Seorang Adun Perikatan Nasional Melaka mengecam Barisan Nasional (BN) dan Umno berhubung dakwaan peletakan jawatan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.


Adun Sungai Udang, Dr Aleef Yusof, berkata dakwaan BN sebelum ini melaungkan kestabilan hanya “cerita mitos”, sambil mendakwa pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri untuk merebut kuasa.


“Jika kita amati dahulu ketika PRN Melaka terpaksa diadakan adalah apabila pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri menjatuhkan satu sama lain untuk menjadi ketua menteri.


“Kini, setelah PRN dan Umno menang besar pun, sebenarnya kestabilan tidak berlaku kerana dalam kalangan mereka ada sikap tamak untuk berebut kuasa.


“Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. Rakyat mengharapkan kerajaan negeri membantu mereka yang hidup dalam keadaan semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan harga barang yang mencanak naik, tetapi ini pula yang ditunjukkan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.


Adun daripada Bersatu itu juga mempersoalkan sama ada perubahan ketua menteri mampu membawa sebarang perubahan kepada rakyat dan percaya ramai kecewa dengan situasi semasa.


Pagi tadi, Setiausaha Kerajaan Negeri Zaidi Johari, mengesahkan ketua menteri baharu akan mengangkat sumpah esok, pada 3 petang.


Menurut Bernama, ia susulan Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam menerima peletakan jawatan Sulaiman.


Sebelum itu, Sulaiman dilihat berada di Kompleks Seri Negeri bagi mengadakan pertemuan bersama Ali. Beliau beredar kira-kira 11 pagi selepas meluangkan lebih sejam bertemu ketua

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman sebagai ketua menteri. Ketua Umno Melaka disebut-sebut akan menggantikan Sulaiman, namun Zahid enggan memberi pengesahan.


Katanya, beliau akan bertemu Ali untuk menyampaikan cadangan calon bagi jawatan itu.

bottom of page