top of page
  • admin

Ketua Pengarah J-KOM dedah wajah sebenar


KUALA LUMPUR 13 Mac: Wajah sebenar Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohamaad Agus Yusoff, dipersoalkan apabila menyifatkan parti pembangkang cuba menggerakkan ideologi radikal. Datuk Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) berkata, beberapa hari lalu, Ketua Pengarah J-KOM mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan PAS sebagai radikal dan ekstremis.


Malah, katanya PAS dikaitkan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

“Beliau menuduh Tuan Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) yang menyampaikan kuliah tafsir di Masjid Rusila sehingga dua kali khatam pengajian tafsir beliau sebagai ekstremis.

“Apakah ini wajah Ketua Pengarah J-KOM pada hari ini?” soalnya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat turut mempersoalkan sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap peserta himpunan haram LGBT yang berlangsung pada 12 Mac.


Katanya, himpunan itu jelas bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, selain termasuk dalam item sekatan perhimpunan di bawah Seksyen 15(1) dan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Comments


bottom of page