• newsatmy

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Ismail Kijo meninggal dunia

3 Februari 2021

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun di Hospital Sungai Buloh sekitar 12.30 tengah hari, Rabu


Perkara itu turut disahkan Ketua UMNO Bahagian Langat, Datuk Johan Aziz ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.


Bagaimanapun majlis pengebumian jelasnya belum diputuskan ketika ini.


Allahyarham sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.


Allahyarham menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya pada tahun 1995 sehingga 2008.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.