top of page
  • newsatmy

Khai Bahar Komen Kemenangan Gila di AJL-35, Akui Pernah ‘Terkucil’ Juga?

24 Mac 2021

Selesai sahaja malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, pelbagai topik hangat dibincangkan oleh netizen di media sosial. Agak menghairankan, tinjauan Murai MY mendapati bukan juara AJL-35 yang menjadi topik terhangat, tetapi sebaliknya. Persembahan Nabila Razali yang meraih perhatian, kerana melakukan kesilapan kecil.


Murai MY difahamkan penyanyi itu ‘terkucil lagi’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua . Di sebalik kritikan dan kecaman, ramai peminat termasuk golongan selebriti memberi sokongan dan pujian di atas keberanian Nabila.


Bercakap soal ‘terkucil’, ia sebenarnya merupakan hal yang biasa terjadi kepada seseorang penyanyi. Baru-baru ini kami berpeluang menemubual penyanyi Khai Bahar untuk berkongsi pengalaman yang sama.


Khai yang pernah berentap di pentas AJL-33 menerusi lagu Luluh, mengakui pernah melakukan kesalahan atau ‘terkucil’ ketika membuat persembahan nyanyian secara langsung. Menurut Khai, ia sebenarnya bukanlah sesuatu dirancang ataupun disengajakan.


“Setiap orang itu tidak akan lari melakukan kesilapan. Seperti Khai sendiri yang pernah melalui pengalaman berada di pentas AJL, kesilapan sebegini memang boleh berlaku. Bagi Khai, ia bukannya dirancang atau disengajakan.”

“Macam Khai sendiri, sebelum naik ke pentas AJL, Khai dan semua peserta sudah membuat persiapan yang rapi, untuk melakukan persembahan yang terbaik. Tapi kesilapan sebegini ini boleh berlaku di luar jangkaan lagi-lagi bila perasaan gementar itu datang, ia akan jadi di luar kawalan,”- katanya kepada Murai.MY.


Tak Pedulikan Kecaman Netizen


Khai berkata, walaupun dia pernah menerima kritikan dan kecaman dari kesilapan ini, namun dia menganggap ia sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.


” apa yang boleh Khai katakan, setiap finalis di AJL dah melakukan yang terbaik. Kesalahan kecil itu dijadikan sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri pada masa akan datang”


“Khai sendiri pun pernah mengalami pengalaman yang sama ketika menyanyi. Kadang-kadang pernah sekali suara tak sampai. Ada juga terima kecaman dari netizen, tapi saya biarkan komen mereka. Yang penting, saya ambil kesilapan itu untuk memperbaiki diri saya”- tambahnya lagi.


Sudah Jangkakan Kemenangan Lagu GILA


Bercakap soal kemenangan lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Noki, dan Loca B di AJL-35, Khai akui keputusan tersebut menepati ramalannya.


“Dari awal lagi, saya memang sudah menjangkakan kemenangan lagu Gila di AJL-35. Sebenarnya, ramalan saya lagu 7 Nasihat dan Gila bakal bergelar juara. Tapi bila lagu Gila dinobatkan sebagai juara, Alhamdulilah. Bagi saya lagu itu sangat unik dan lain daripada yang lain. Saya memang suka lagu Gila ini!”- tambahnya lagi.” IKLAN

‘Hilang Gelita’ Buah Tangan Baru Dari Khai Bahar


Mengenai perkembangan semasa, Khai bakal mengeluarkan single terbaru dan akan muncul dalam sebuah drama rantaian sebagai pelakon utama..


“Insyallah, saya bakal keluarkan sebuah single terbaru berjudul Hilang Gelita ciptaan saya sendiri dan lirik ditulis oleh Rozi Sang Dewi. Lagu ini merupakan OST untuk sebuah drama yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Saya juga berlakon dalam drama tersebut yang bertajuk Kisah Cinta Rumi.”- ujarnya. - Murai MY


bottom of page