Kibarkan bendera putih jika putus bekalan makanan dan keperluan
29 Jun 2021
Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial, hari ini.
Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak.
Ramai yang terjejas fizikal dan mental menyebabkan ada kalangan rakyat yang tidak mampu menanggung tekanan hidup mengambil jalan singkat untuk menamatkan penderitaan.
Naikkan bendera putih di kediaman anda jika anda memerlukan bantuan makanan dan keperluan.
Tidak perlu merayu dan malu, hanya kibarkan kain putih.
Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang.
Laporan mengenai kejadian bunuh diri, kemurungan dan pengangguran kesan pandemik Covid-19 semakin membimbangkan.
Prihatin dengan perkembangan semasa, warga maya mengorak kempen ‘kibarkan kain putih’ bagi golongan yang memerlukan bantuan keperluan harian.
Warga maya menasihatkan mana-mana individu yang mengalami kesusahan seperti tiada makanan supaya menaikkan bendera di rumah masing-masing.
Jika anda perasan ada dikalangan jiran, rakan-rakan kita yang sudah kibarkan bendera putih di hadapan rumah, tanya khabar mereka.
Mereka perlukan bantuan anda dari segi makanan, sokongan moral dan juga rakan untuk mendengar luahan dan keluhan mereka.
Jadilah pendengar mereka dan bantu mana yang mampu.
--PN Online
Comments