top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kita akan all-out menghadapi PRN Melaka - Ariss

Updated: Oct 13, 2021

12 Oktober 2021

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diadakan pada masa ini, dan risiko lonjakan kes COVID-19 seperti yang berlaku susulan PRN Sabah, tahun lalu, sebenarnya berupaya diatasi.


Timbalan Pengarah Pilihanraya BERSATU Johor, Dato' Ariss bin Samsudin berkata, Perikatan negeri Johor akan bersedia menghantar jentera untuk membantu PRN di Melaka nanti.


"Oleh kerana Johor dan Melaka berjiran, dan sesetengah bahagian kita berhampiran dengan Melaka, kita akan menghantar jentera Pilihan Raya untuk PRN Melaka akan datang,


"Kita akan all out untuk membantu dan membuktikan bahawa jentera dari Parti kita akan memberikan sokongan dan membuktikan kerajaan besar kita sentiasa berada di belakang terutama sekali untuk memenangi PRN Melaka dengan lebih cemerlang," ujar beliau ketika ditemubual.


bottom of page