top of page
  • newsatmy

KJ: Rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu perlu disegera


Rundingan membabitkan UMNO, Pas dan Bersatu perlu disegerakan bagi merungkai kemelut politik di Perak, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.


Ini selaras dengan ketetapan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Isnin malam, yang memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak perlu terus dipertahankan dan UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.


“Kita mengharapkan rundingan Bersatu, Pas bersama UMNO dapat diadakan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran pentadbiran di negeri itu.


"Keputusan UMNO itu (bermakna) untuk menolak kerjasama dengan parti-parti lain dan kekal bersama rakan-rakan kita dalam PN... supaya dapat dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Perak,” katanya malam tadi.


Beliau berkata lagi, rundingan berkenaan penting dalam usaha memastikan kelancaran pentadbiran di negeri itu.


Terdahulu, beliau merasmikan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Innovasi dan Ekonomi (MySTIE) di Astro AWANI.


#politik perak #rundingan #PAS #Bersatu #Menteri Besar #Ahmad Faizal Azumu #sidang dun #usul undi percaya


bottom of page