top of page
  • newsatmy

Klopp dedah Salah mahu akhiri karier di Liverpool

25 OKTOBER 2021

JURGEN Klopp mencadangkan penyerang, Mohamed Salah, mahu menamatkan kariernya di Liverpool selepas The Reds meraih kemenangan 5-0 ke atas Manchester United di Old Trafford.


Liverpool melakar kemenangan besar di Manchester dengan Salah meledak hatrik sementara Naby Keita dan Diogo Jota turut menemui jaring.


Klopp memuji persembahan Salah, yang menjadi pemain pertama meledak hatrik di Old Trafford sejak Ronaldo melakukannya buat Real Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL) pada April 2003.


"Salah menikmati permainannya dan berharap ia akan berterusan. Saya sudah mengetahui dia mahu mengakhiri karier di sini, saya mengetahui situasinya."


Salah pula berkata, "Saya berasakan kemenangan ini cukup baik, kami mengetahui jika gagal bermain dengan baik, ia akan menyukarkan kami.


"Kami mengetahui perlu menampilkan aksi terbaik.


"Selagi pasukan meraih kemenangan saya akan gembira dan terus melakukan yang terbaik untuk pasukan."

bottom of page