top of page
Writer's pictureArissa Azman

KOL: Daddyhood dan Soloz Curah idea dan dana untuk pembangunan e-sukan Negeri Sembilan

26 September 2021

IMPAK dua nama besar dalam industri e-sukan iaitu KOL Faris Zakaria ‘Soloz’ dan Nureddy Nursal ‘Daddy Hood’ mampu mendidik dan melahirkan ramai anak muda untuk berjaya dalam bidang e-sukan.


Daddyhood berkata, mereka menerima jemputan dari Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani ke kediaman rasmi Menteri Besar bagi membincangkan hal pembangunan berkaitan e-sukan.


“Saya dan Soloz ke Negeri Sembilan untuk membincangkan hal pembangunan e-sukan memandangkan YB Taufek antara yang paling agresif dalam menaikkan e-sukan di Negeri Sembilan.


“Antara kerjasama yang dibuat adalah apabila dia terlibat sama dalam pembangunan pasukan PUBGM Profesional di sana iaitu TABAH NSEA,” katanya, ketika dihubungi.


Apa yang membanggakan, Daddyhood dan Soloz turut menyumbangkan dana bagi pembangunan belia di Negeri Sembilan.


Sementara itu, mereka juga menyampaikan sumbangan skim perlindungan Takaful kepada 500 ‘budak penghantar’ (rider) bagi mengurangkan beban ditanggung golongan itu dalam satu majlis Skim Takaful Tabung Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah).


“Sumbangan ini kepada rider memandangkan rider antara frontliner sepanjang pandemik dan juga berisiko tinggi di jalan raya.


“Sebagai orang dalam industri e-sukan ni, khidmat rider antara yang paling kerap kami gunakan sepanjang PKP ni. Boleh kata, hari-hari ada rider datang. Jadi, kita support kembali komuniti rider yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.


Daddyhood berkata, pihaknya sering melakukan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).


“Saya dan rakan-rakan yang lain banyak kali melakukan aktiviti sebegini tetapi untuk program lebih teratur itu jarang diadakan,” katanya.

Comments


bottom of page