top of page
Writer's pictureArissa Azman

Kononnya hidup Melayu, akhirnya Melayu terkulai layu – Norhizam

8 NOVEMBER 2021

MELAKA: Bekas Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang kini bertanding sebagai calon bebas di dun berkenaan menyatakan keyakinan peluangnya untuk menang berdasarkan prestasinya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.


“Saya yakin disini kerana saya anak jati. 70 peratus saya dah selesaikan masalah penduduk di Pengakalan Batu hanya 30% masalah di pangkalan batu tak dapat diselesaikan seperti masalah banjir, masalah ekonomi, logistik seperti jalan-jalan kampung dan sebagainya.


Norhizam juga turut yakin kerana katanya telah laksanakan kerja sebagai wakil rakyat di dun berkenaan dengan baik.


“Saya yakin kerana saya dah buat kerja.


“Rakyat akan menilaikan dan memilih seorang wakil kepada rakyat yang boleh menghambakan diri untuk rakyat, itu yang dinamakan sebagai wakil rakyat,


“Bukan yang naik kereta rasmi ke sana sini,


“Wakil rakyat kena sentiasa dengar masalah rakyat


Saya tak ada IR tapi saya ada JR iaitu Jiwa Rakyat.


Katanya lagi, setiap kali beliau turun padang di dun berkenaan, rakyat disana akan menangis dengan kehadiran beliau.


“Setiap kali saya turun padang menyantuni yang tua, yang muda mereka akan menangis kerana kata mereka setakat ini belum ada wakil rakyat yang turun padang bawa roda tiga dalam keadaan hujan, basah kuyup menyerahkan barang keperluan


“Rakyat nampak dan akan menilai


“Saya tak lompat, kalau ya saya lompat hari ini saya pergi ke parti lain tapi saya tak lompat, saya masih lagi bebas, bebas bersuara, bebas membela nasib rakyat


“Kononnya kata hidup Melayu tapi akhirnya Melayu terkulai layu.


“Nasib orang Melayu tidak dibela langsung,” katanya kepada wartawan di Pusat Penamaan Calon di Dun Pangkalan Batu hari ini.


Datuk Norhizam Hassan Baktee sebelum ini telah mengumumkan akan mempertahankan kerusi Dun Pengkalan Batu atas tiket Bebas pada Ahad.

Comments


bottom of page