top of page
  • newsatmy

Krisdayanti timang cucu pertama

23 Februari 2022

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek apabila anaknya, Aurel Hermansyah selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar.


Berita gembira itu turut dimuat naik Krisdayanti di akaun Instagram miliknya dengan gambar jari-jemari comel cucunya yang dipanggil ‘Baby A’.


Momen kelahiran Baby A di Rumah Sakit Bunda Jakarta juga dihadiri ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.


Detik berkenaan turut dimuatnaik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.


Sebelum ini, Krisdayanti, 46, dilihat begitu teruja ketika majlis sambutan kelahiran cucunya itu, dan tidak sabar untuk bergelar nenek.


Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, 23, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang.


Bersama suaminya kini, Raul Limos, pelantun lagu Menghitung Hari itu mempunyai dua lagi anak Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.

Comments


bottom of page