top of page
  • newsatmy

Kumpulan Tiro juara Maharaja Lawak Mega 2021

18 Disember 2021

KUMPULAN Tiro diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Dengan tema bebas dan muzikal, Tiro yang dianggotai Daniel, Sharif dan Syaiful menampilkan dua persembahan bertenaga serta mengutip 10 HA sempurna!.


Naib juara pula dimenangi kumpulan Puteh dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi. Sementara itu, kumpulan Boro pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan Bahye dan Tobat pula sekadar berpuas hati mendapat tempat keempat dan kelima.


Bahye iaitu Zahid, Nizam Jentik-Jentik dan Shashic membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Tobat dianggotai Ajak, Ropie dan Bell Ngasri pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kumpulan Tiro yang berjaya mengumpul markah tertinggi dianugerahkan Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi menerima wang tunai berjumlah RM1000 produk Adabi bernilai RM500.


MLM2021 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian penonton melalui undian secara online.

Program realiti popular ini dihoskan Datuk AC Mizal dan juri tetap terdiri daripada Datuk Rosyam Nor selaku ketua, Diana Danielle, Noh Hujan dan Uqasha Senrose.

Dalam edisi kali ini MLM tampil dengan kelainan apabila meletakkan ikon MLM, ‘Sang Bara’ sebagai juri.


Pentas Akhir MLM 2021 turut mendedahkan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai ‘Sang Bara’ yang menjurikan bintang MLM 2021 secara misteri selama 10 minggu.

Ini markah penuh kesemua kumpulan di pentas akhir MLM 2021:

  1. Tiro: 66.97%

  2. Puteh: 63.91%

  3. Boro: 59.78%

  4. Bahye: 56.88%

  5. Tobat: 53.26%








bottom of page