top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Lagi Hasutan Dibuat Oleh Orang PKR Terhadap YDPA

9 Jun 2021

Satu laporan polis telah dibuat ke atas pengerusi MPKK Sunggala, Port Dickson dan ketua cawangan PKR.


Menurut pengadu, pada jam 5 petang, bertarikh 8 Jun 2021, yang berada di rumah ketika itu terlihat satu posting facebook Muhammad Saufi Miad yang jelas mempunyai fitnah hasutan jahat menghasut rakyat membenci DYMM YDPA.


Melalui siasatannya bersama rakan-rakan terdekat, pengguna facebook itu merupakan Ketua MPKK Sunggala dan ketua cawangan PKR Sunggala.


Posting di facebook tersebut jelas dengan ayat yang kurang menyenangkan.


"Untunglah istana semua ada, semua free. Berpuluh tahun duduk rumah kaum kerabat pun tak apa Tuanku. Tuanku tak perlu risau sebab cukup masa nanti kami bayar cukai untuk tanggung semua orang besar nak hidup. Kami orang bawah ni mati pun tak apa. Apa ada hal kan Tuanku."


Begitulah penulisan yang ditulis oleh beliau menerusi facebook miliknya.


Diharap pihak polis dapat ambil tindakan yang sewajarnya terhadap Ketua Cawangan PKR tersebut.



--PN Online

bottom of page