top of page
  • newsatmy

Lamela ledak Rabona, dibuang padang.

15 Mac 2021

LONDON: Arsenal bangkit daripada jaringan "Rabona" Erik Lamela untuk menewaskan Tottenham 2-1, manakala Leicester membelasah Sheffield United 5-0.


Tottenham yang semakin tercicir daripada pemburuan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris turut kehilangan Son Heung-min yang cedera hamstring di Emirates.


Lamela yang bermula cemerlang dengan membuka jaringan menerusi jaringan silang Rabona, menjadi duri dalam daging buat pasukannya apabila dibuang padang pada babak kedua.


Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Martin Odegaard yang meledak gol Liga Perdana pertamanya.


"Saya rasa kami bermain dengan teruk sekali pada babak pertama. Kedudukan 1-1 tidak menggambarkan suasana sebenar babak itu.


"Persembahan kami buruk sekali, pertahanan lemah, tiada kesungguhan, beberapa pemain penting tenggelam," kata pengendali Spurs Jose Mourinho.


Alexandre Lacazette yang menjadi kapten menggantikan Pierre-Emerick Aubameyang menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan anak buah Mikel Arteta.


"10 minit terakhir adalah permainan terburuk kami. Kami tidak mengawal permainan, hanya mengendurkan tekanan," kata Arteta.


Arsenal kini 10 mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat, manakala Spurs kekal enam mata di belakang The Blues.


Kelechi Iheanacho meledak hatrik dalam kemenangan Leicester ke atas The Blades, dengan Ayoze Perez turut menemui sasaran.


Jaringan sendiri Ethan Ampadu melengkapkan kemenangan skuad kendalian Brendan Rodgers. - AFP


-Berita Harian

bottom of page