top of page
  • newsatmy

Lan Pet Pet bergaduh lagi?

5 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Rakaman video dipercayai pelawak kontroversi, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki yang juga penghantar makanan tular dan mendapat kecaman ramai.


Video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa anggota kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap lelaki berkenaan, semalam.


Menerusi video berkenaan, pelakon berusia 52 tahun itu dilihat merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan, tetapi cuba ditenangkan beberapa tiga lelaki lain. Kejadian dipercayai berlaku di hadapan kedutaan Russia.


Di hujung video, Lan juga melemparkan kata-kata berbaur amaran kepada lelaki itu.


Video berkenaan dirakam dari dalam sebuah kenderaan oleh pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku pada 1 Mei lalu.


Pergaduhan tercetus apabila Lan Pet Pet dipercayai berselisih faham dengan penunggang motosikal penghantar makanan.


Sementara itu, usaha BH Online untuk mendapatkan penjelasan Lan gagal apabila telefon bimbitnya ditutup.


Sementara itu, polis sudah menerima laporan dibuat Lan berhubung pergaduhan membabitkannya dengan penghantar makanan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, polis hanya menerima laporan daripada pelawak berkenaan, bagaimanapun penghantar makanan itu belum tampil beri keterangan.


Ashari berkata, kejadian berlaku pada 1 Mei lalu, jam 6.30 petang.


"Menerusi video berdurasi 24 saat itu menunjukkan Lan berselisih faham dengan seorang penghantar makanan di hadapan kedutaan Russia.


"Pergaduhan ini tercetus akibat perselisihan faham di jalan raya. Polis meminta kerjasama individu yang terbabit untuk tampil membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan," katanya.


-Berita Harian

bottom of page