top of page
  • admin

Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dijangka siap 2024


SEREMBAN, 10 Okt- Pembinaan Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dijangka siap dibina pada 2024. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata bajet 2023 telah memperuntukkan jumlah yang besar bagi projek-projek infrastruktur utama negara.


"Saya telah memberikan respon di mana peruntukan yang agak besar diberikan iaitu sebanyak RM6.09 billion dan kalau kita lihat ini antara projek yang merupakan projek sambungan. "Projek yang sedia ada termasuklah projek Gemas - Johor Bahru iaitu landasan berkembar, projek ini agak besar dan dijangka siap 2024," katanya ketika bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan MCA, di sini. Pembinaan Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sebelum ini terjejas akibat pandemik COVID-19 menyebabkan berlaku sedikit kelewatan dalam pembinaan landasan berkenaan. Dalam pada itu, Ka Siong memaklumkan, transit aliran massa (MRT) bagi laluan Putrajaya fasa dua bakal beroperasi pada 1 Januari tahun hadapan

bottom of page