• Arissa

Latih Sukarelawan Sebelum Mula Kerja - Datuk Hjh Azlinda

15 Jun 2021

JOHOR BAHRU: Sekreteriat JOHOR BERSATU Hadapi Covid 19 sedang menguruskan sekitar 100 lebih sukarelawan membantu Program Vaksinisasi di lapangan.


Sukarelawan yang terdiri daripada aktivis BERSATU dan juga anak muda yang sangat berdedikasi ini telah mendapat pujian dari pihak pengendali Pusat Vaksinisasi terlibat.


Menurut Datuk Hjh Azlinda Abdul Latif, selaku Ketua Koordinator Sukarelawan Seketeriat BERSATU Johor Hadapi Covid 19, beliau menyatakan kita masih memerlukan ramai lagi tampil untuk menjadi sukarelawan.


Bagi yang berminat boleh terus whatsapp www.wasap.my/60135800016


Latihan akan diberikan bagi memastikan sukarelawan memahami tugasan dan SOP sebaik mungkin.


Melalui program sukarelawan MyVac , sukarelawan juga akan mendapat saguhati harian dan sijil penghargaan khas.


Cabaran ini, Cabaran Kita.

Kita perlu menang bersama !




--PN Online