top of page

Lavender Run 2023: Tarik 2,000 peserta larian sejauh 2.5km


PUTRAJAYA, 18 Mac- 2,000 peserta dan pengunjung membanjiri Dataran Wawasan seawal pukul 6.00 pagi bagi menyertai PUSPANITA Lavender Run 2023. Majlis perasmian dan sesi flag-off disempurnakan Penaung PUSPANITA, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail. Tiga kategori larian dipertandingkan termasuklah acara terbuka dewasa 10km dan 5km serta acara kanak-kanak 2.5km. Program Lavender Run 2023 ini diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-40 penubuhan PUSPANITA selain memupuk kesedaran tentang kepentingan budaya bersukan untuk melahirkan masyarakat cergas.



bottom of page