LCS: Bukan isu politik, ini soal kedaulatan negara
Dalam kemegahan dan keselesaan sedia ada, harap kerajaan tidak alpa dengan situasi serantau dan musuh-musuh tersembunyi bersama agenda-agenda sulit mereka.
Adakah kita sebagai rakyat hanya perlu membutakan mata atau memekakkan telinga apabila ada isu melibatkan ketenteraan yang kononnya sensitif walhal kita sebagai rakyat berhak diberikan maklumat berkaitan keselamatan diri, keluarga serta negara.
Kita masih lagi dibelenggu dengan isu-isu rasuah yang tidak sepatunya timbul dikala negara negara lain mempersiapkan aset ketenteraan yang berteknologi.
Yang Dipertuan Agong perlu campur tangan jika kerajaan mengambil ber
sikap tidak mengendahkan nasihat daripada panglima panglima tentera Malaysia.
Apabila timbul isu sebegini rakyat berasa khuatir dan tidak selamat kerana kerajaan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan keselamatan nyawa menunjukkan prestasi yang berada di tahap tidak menyakinkan
Bukanlah untuk meluahkan prasangka tetapi biarlah kita sentiasa waspada.
Sudahlah isu kedaulatan sabah dan tuntutan waris Sulu belum selesai kini timbul pula isu ingtergriti yang melibatkan duit rakyat sebanyak 6 bilion hilang.
Apabila tiada undang-undang yang dapat menjadi medium terbaik untuk menyiasat dan memperhalusi perkara sebegini, maka saya menyarankan Ismail Sabri supaya menubuhkan jawatankuasa RCI untuk menyiasat dengan kadar segera bagi mencari dalang-dalang yang terlibat.
Selain itu rakyat harus sedar berkenaan tuntutan bertindih kawasan yang di tuntut oleh negara kita bersaing dengan beberapa negara lain.
Begitu juga dengan urusan keselamatan dan pertahanan negara, hanya mereka yang peka dan sensitif mengenainya serta mempunyai tahap taat dan setia yang tinggi akan mengawal dengan cara cemburu segala maklumat mengenai keselamatan dan pertahanan negara.
Penulis adalah Mahathir Mohd Rais, Ketua Bahagian BERSATU Segambut.
Comments