Lebih 100 orang menerima suntikan vaksin di Pontian
26 Jun 2021
PONTIAN: Satu Program Vaksinasi COVID-19 telah dikendalikan oleh kerjasama KKM Pontian-NGO Cakna Pontian-Surau Parit Sikom yang bernaung di bawah Ketua BERSATU Pontian, Senator Dato' Isa bin Hamid dan juga Timbalan Ketua BERSATU Pontian, Encik Matharuzzaman, dan dipengerusi oleh Encik Mohd Kopli.
Program Vaksinasi ini bertujuan untuk membantu pendaftaran MySejahtera bagi golongan yang tertinggal dengan harapan dapat membantu mempercepatkan Pontian mencapai tahap imuniti kelompok.
Program ini mensasarkan warga emas yang berumur 60 tahun keatas yang tiada kemahiran uuntuk mendaftar MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin yang tinggal di kawasan kampung berdekatan.
Seminggu sebelum Program ini, badan-badan yang terlibat telah membuat lawatan dari rumah ke rumah bagi tujuan pendaftaran MySejahtera seterusnya mendapatkan tarikh janji temu suntikan vaksin.
Turut dibantu penghebahan di kawasan sasaran melalui menggunakan pembesar suara bergerak.
lokasi vaksinasi turut disediakan melalui kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah & SRJK (C) Nan Mah Parit Sikom.
Segala kemudahan sokongan untuk vaksinasi disediakan oleh sukarelawan badan-badan terlibat.
Seramai 100 orang penduduk Parit Sikom, Pontian telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam Program Vaksinasi COVID-19 yang telah diadakan bertempat di SJK (C) Nan Mah, Parit Sikom, Pontian, hari ini.
Turut hadir, Encik Hafiz Abdullah, Sekreteriat Prihatin Johor berkata, dengan kerjasama diantara pihak NGO dan KKM ini, kita dapat mencapai komuniti kelompok vaksin dengan segera.
Badan-badan NGO berharap agar KKM mengadakan lebih banyak pusat vaksin yang berdekatan dan mengadakan PPV Bergerak di Pusat Komuniti Daerah setiap minggu agar dapat memudahkan warga desa untuk mendapatkan suntikan.
--PN Online
Comments