top of page
  • Farah

Lebih 31,000 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan di Johor


JOHOR BAHRU 16 Mac:Keadaan banjir di Johor dilihat semakin surut dengan jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 31,680 orang setakat 8 pagi ini berbanding 33,254 orang pada 8 malam tadi.


Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) tiga daerah masih terlibat dengan banjir iaitu Batu Pahat, Segamat dan Muar melibatkan 8,992 keluarga yang ditempatkan di 107 pusat pemindahan sementara (PPS).


“Batu Pahat mempunyai paling ramai mangsa iaitu sebanyak 31,581 orang diikuti Segamat 75 orang dan Tangkak 24 mangsa,” menurut kenyataan itu.


Sementara itu, Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat memaklumkan cuaca baik dijangka di daerah itu dengan ramai mangsa dijangka boleh pulang ke kediaman masing-masing.


Tinjauan Bernama juga mendapati paras air di beberapa kawasan di daerah itu semakin surut dan ramai mangsa juga mula membersihkan kediaman masing-masing terutama menjelang Ramadan minggu depan.

Comentários


bottom of page