top of page
  • admin

Lee Tuck,, Sergio Aguero: “Krismas Yang ‘Sukar’


HANOI 27 Dis:Lee Tuck tidak menyangka yang tahun ini beliau akan meraikan Krismas dalam suasana berbeza tanpa keluarganya di sisi apabila terlibat dalam kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bersama Harimau Malaya.


Sejak mendapat kewarganegaraan Malaysia pada hujung Ogos lalu, Tuck terus mendapat panggilan skuad kebangsaan dalam kejohanan dwi tahunan ini disebabkan ketiadaan majoriti pemain-pemain utama.


Beliau sudah agak lama tidak beraksi dan hanya dapat sempat tampil dua kali dalam saingan Piala Malaysia 2022 bersama Sri Pahang apabila Tok Gajah tersingkir awal daripada saingan tersebut. Beliau telah menanti lama untuk proses naturalisasinya direalisasikan oleh pengurusan pasukan.


Begitupun, ahli keluarganya di England dilihat sentiasa berkongsi rasa bangga di Insta Story setiap kali Tuck tampil beraksi bersama skuad negara.


Pemain yang sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Kedah Darul Aman FC untuk Liga Super 2023 itu jelas tidak meragui keputusannya.


Dalam empat penampilannya bersama Harimau Malaya setakat ini, beliau dilihat memberikan yang terbaik malah telah berhasil meledak dua gol.


Lee Tuck seharusnya bercuti pada saat ini bersama keluarganya di England tetapi terpaksa korbankan cutinya demi menyahut seruan skuad negara.


Malah, penyerang yang juga rakan sepasukannya di Sri Pahang, Sergio Aguero turut melalui situasi yang sama, meraikan Krismas tanpa keluarga.


Namun, ia pastinya berbaloi apabila beliau telah melakar jaringan pertama bersama skuad kebangsaan dalam aksi menentang Laos tempohari.


Malaysia akan menentang Vietnam pada malam ini dan pastinya kudrat kedua-dua pemain ini akan dipertaruhkan untuk mencipta sesuatu yang istimewa di hari istimewa mereka. Mereka tentunya mahukan hadiah terbaik untuk meraikan Krismas dan penampilan pertama mereka dalam kejohanan bersama Malaysia. Adakah mereka akan jadi taruhan utama?

bottom of page