top of page
  • zaman

Lelaki buang sampah dalam sungai di Pontian ditahan polis


JOHOR BAHRU,30 Sept:Pemandu lori dalam video tular memaparkan tindakannya membuang sampah dari atas jambatan Sungai Wak Rabun Batu 33, Pontian di sini sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis semalam.


Tindakannya itu dirakam orang awam sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan menghubungi Ketua Polis Johor,Datuk kamarul Zaman Mamat untuk menyiasat perbuatan tersebut.


Susulan itu,Polis mengambil keterangan seorang pengutip sampah selepas video tular lelaki itu membuang sampah ke dalam sungai di percayai di Sungai Wak Rabun, Pontian tular sejak tengah hari, semalam.


Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Bandar Pontian, kira-kira jam 7 malam semalam, selepas lima jam usaha mencarinya dijalankan.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki warga tempatan itu negatif dadah namun mempunyai banyak rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah "Kita cuba mengesan suspek selama lima jam termasuk di rumahnya tetapi tiada dan kita kemudian berjaya menghubungi dan menemuinya di kawasan bandar Pontian.

"Apabila berjaya ditemui dan ditahan, kita bawa suspek ke balai polis dan menjalankan pemeriksaan serta siasatan.


"Suspek yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan itu diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membuang sampah dari kenderaan.

"Perbuatan itu (membuang sampah dari kenderaan) adalah satu kesalahan dan boleh dihukum saman atau dikompaun sehingga RM2,000,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang media pada acara pelepasan (Flag Off) Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.


"Saya kemudian mengarahkan Ketua Polis Daerah Pontian untuk mengambil tindakan mengesan suspek.


"Suspek mendapat bayaran daripada kerja mengutip sampah dari kilang dan tempat pembuangan sampah dan sampah dikutip sepatutnya dibuang di tempat khas, namun suspek bertindak mengambil jalan mudah.



bottom of page