• newsatmy

Lelaki Indo Dikecam Teruk, Seronok Dapat Tahu Pasal KRI Nanggala 402

27 April 2021

Seorang lelaki dikecam teruk oleh netizen di Indonesia selepas memuat naik sebuah video TikTok berlatar belakangkan berita tragedi kapal selam KRI Nanggala 402. Seperti yang kita ketahui, Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan bahawa KRI Nanggala 402 tenggelam selepas serpihan dan beberapa objek milik kapal itu ditemui.


Bagaimanapun, melalui video dimuat naik oleh akaun peribadi @kingdom_star, lelaki tersebut dilihat berjoget riang dan berkata dia gembira apabila mendapat tahu kapal tersebut tenggelam. Menurut laporan, video tersebut telah pun dipadam di TikTok namun sempat dimuat naik semula oleh beberapa akaun di Instagram.


Gue ketika denger kapal Indonesia tenggelam, rasanya seneng banget. Karena mustahil para tentara itu gak tahu kalau kapal mereka akan tenggelam. Yah jelas mereka tahu lah.”


Coba deh kalian pikirkan baik-baik. Itu kapal selam, apa lagi itukan seperti penyamaran jadi buat apa dikasihani. Karena para prajurit TNI pada sudah diajari bagaimana cara menyelesaikan situasi di saat darurat. Percayalah mereka semua itu selamat kok, cuma mereka mungkin belum memberikan dimana keberadaan mereka.”


Jadi buat warga Indonesia ‘Happy’ saja. Jangan mikir macem-macem dulu. Mustahil seorang prajurit terlatih apalagi di bagian kapal selam penyamaran.” Tulisnya di laman akaun Tiktok.


Video tersebut menimbulkan kemarahan ramai warganet di Indonesia selepas ia dimuat naik semula di Instagram. Rata-ratanya mengecam lelaki berkenaan kerana tidak sensitif dengan isu sebegitu serta langsung tidak mengambil kira perasaan keluarga mangsa.


Ramai yang turut mengkritiknya kerana tergamak merakam dan muat naik video sebegitu demi content dan hanya semata-mata untuk viral.