Arissa Azman
Lembah Klang dijangka beralih ke Fasa 2 PPN bila 89.5% populasi dah terima Vaksin Covid-19 – PM
31 Ogos 2021

Menurut Malay Mail, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata semalam, ada kemungkinan kawasan Lembah Klang akan beralih ke Fasa 2 PPN tak lama lagi.
Katanya, kemungkinan ini boleh berlaku sekiranya kadar vaksinasi di Lembah Klang dah mencecah ke 89.5%, angka yang sangat hampir dengan imuniti kelompok yang diperlukan.
Bila dah ada Kabinet, kami akan adakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Penyediaan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang akan dipengerusikan oleh saya.
“Jika dah 89.5%, mungkin kita boleh beralih ke fasa seterusnya kerana kalau diikutkan ia dah melebihi sasaran imuniti kelompok di mana ia menghampiri 90%.”

Tambah Ismail Sabri lagi, pihaknya akan membincangkan perkara ini dan mungkin negeri-negeri lain juga boleh beralih ke fasa seterusnya.
Jadi, tunggu pengumuman.”
Sebelum ini, bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan angka harian Covid-19 perlu turun bawah 4,000 kes sehari dan penggunaan katil di ICU perlu ditahap sederhana dan sekurang-kurangnya 10% populasi telah menerima vaksin lengkap jika mahu beralih ke fasa seterusnya.