top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

"Letak jawatan jika soal politik lebih penting daripada nyawa rakyat" -BERSATU Pengerang

5 Ogos 2021

Ketua BERSATU Bahagian Pengerang, Encik Mohd Faizal bin Asmar menzahirkan rasa terkilan beliau terhadap UMNO Bahagian Pengerang.


Dalam satu kenyataan media UMNO Bahagian Pengerang telah menyatakan sokongan terhadap keputusan MKT UMNO.


Kenyataan Presiden parti tersebut turut disambut baik oleh Ketua UMNO Bahagian dan menyokong tindakan Presiden parti yang beberapa kali mendesar agar Perdana Menteri meletakkan jawatan meskipun UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.


Sebagai ahli, ia bukanlah perkara luar biasa untuk menunjukkan rasa sokongan kepada Presiden dan Parti.


Namun, menyokong kepada usaha untuk menggugat pentadbiran Kerajaan yang memerintah ini tidak boleh diterima sama sekali.


Tindakannya memilih untuk bersekongkol dengan Presiden parti menjatuhkan Kerajaan seolah-olah memperjudikan nasib rakyat Pengerang.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan kemampuan memimpin jentera Kerajaan. Perdana Menteri telah menunjukkan teladan dalam menjalankan tadbir urus Kerajaan.


Kerajaan kini, terutamanya Ahli parlimen UMNO sedang berusaha gigih menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, terutama dalam meningkatkan kadar pemberian vaksin, mengurus pandemik COVID-19 dan membantu rakyat yang terkesan di lapangan.


"Menyokong kepada usaha untuk menggugat pentadbiran Kerajaan yang memerintah ini tidak boleh diterima sama sekali. Sebagai orang lama dalam pentas siasah tanah air, Ketua UMNO Pengerang harus matang dalam berpolitik,


"Beliau haruslah bersifat adil dan rasional dalam percaturan politiknya agar keutamaan diletakkan kepada soal kemaslahatan rakyat,


"Bagaimanapun, amat malang buat pengundi Pengerang kerana wakilnya seakan lebih mementingkan soal politik berbanding nyawa rakyat,


"Atas sebab itu, tidak salah untuk dicadangkan agar beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebelum sidang Dewan Rakyat pada bulan September ini,


"Cadangan ini sudah tentu menepati ketetapan dibuat oleh partinya," ujar Faizal dalam satu kenyataan media.





--PN Online





bottom of page