top of page
  • admin

Liga Super 2023: Kelantan United intai kelompok 10 pasukan terbaik


KUALA LUMPUR, 25 Feb- Kelantan United (KUFC) meletak sasaran untuk berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dalam kempen Liga Super 2023. Demikian jelas Presidennya, Rozi Muhamad menjelang aksi pembukaan pasukan dari Pantai Timur itu dengan Selangor di Stadium MBPJ malam esok. Rozi berkata, objektif itu mampu dicapai memandangkan KUFC bakal menurunkan pemain yang berpotensi serta memiliki kekuatan masing-masing dalam memberi saingan kepada pasukan lawan. Menurutnya, meskipun lebih selesa dilabel sebagai pasukan ‘underdog’, KUFC akan tetap mempamer semangat juang dalam setiap perlawanan, apatah lagi mereka bakal berdepan dengan pasukan hebat seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor dan Terengganu. Pada musim ini, skuad Kijang Hijau itu telah mengikat lima pemain import bagi memperkuatkan cabaran mereka. Pemain tersebut adalah Yan Victor dan Devid Silva dari Brazil, Jose Elmer (Filipina), Ernist Batyrknov (Kyrgyzstan) dan Morgaro Gomis (Senegal). Seorang lagi pemain import dari Brazil yang bermain di posisi penyerang akan mengikat kontrak dalam masa terdekat. KUFC akan menggunakan jersi berwarna merah dan hijau bagi perlawanan di laman sendiri manakala jersi berwarna putih pula digunakan ketika bermain di tempat lawan.


コメント


bottom of page