top of page
  • newsatmy

Liga Super 2023: PDRM lonjak tiga tangga ke kedudukan keenam


PETALING JAYA, 19 Mac- Pasukan PDRM FC mencatat kemenangan kedua sekali gus berjaya melonjak tiga tangga ke kedudukan keenam Liga Super 2023, selepas menewaskan pasukan di kedudukan tercorot, Kelantan United 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.


Beraksi dalam hujan, The Cops membuka triari jaringan seawal minit ke-10 menerusi Dzulfahmi Abdul Hadi sebelum uche Agba menggandakan kedudukan minit ke-38.


Berkelebihan dua gol selepas rehat, The Cops bagaimanapun gagal menambah sebarang jaringan manakala PDRM pula buntu mencari penyudah.


Keputusan aksi malam tadi menyaksikan PDRM berada di tangga keenam carta dengan tujuh mata manakala Kelantan United yang gagal mencatatkan sebarang kemenangan, kekal di kedudukan tercorot dengan satu mata.


Sementara itu Jurulatih PDRM Azzmi Azizi berkata walaupun berjaya meraih tiga mata, beliau tetap kurang puas hati dengan permainan anak buahnya kerana ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki


"Memang betul apabila kita tengok benda yang positif itu berlaku saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik, dengan kualiti yang ada inilah yang terbaik pada masa ini,"katanya.


Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir sebelum saingan Liga Super berehat hampir dua minggu sempena jendela FIFA bagi aksi pasukan kebangsaan.


Dalam tempoh berkenaan, skuad Harimau Malaya akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong pada 28 Mac, kedua-duanya di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

bottom of page