top of page
  • Farah

Liga Super: Selangor mahu pulih reputasi


SHAH ALAM, 11 Jan; Selangor FC menyahut cabaran tahun ini untuk menjadi pencabar kejuaraan Liga Malaysia musim ini, sekali gus memulihkan kembali reputasi mereka yang tercalar musim lepas.


Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, setiap pemain Selangor perlu menampilkan semangat kebangkitan dalam diri sendiri sekiranya mahu mengubah imej The Red Giants.


Jelasnya, mereka juga dicabar untuk menunjukkan peningkatan selain menetapkan misi menjulang beberapa gelaran musim ini.


"Bagi saya, paling penting adalah peningkatan pasukan dari segi latihan setiap hari. kita hendak membentuk pasukan yang mantap . Kita bukan hendak cabar sesiapa. Kita ingin cabar diri sendiri memberi saingan kepada setiap pasukan dalam liga Malaysia," katanya kepada media.


Mengenai persiapan pasukan pada musim 2023, Cheng Hoe berkata, pihak pengurusan sudah merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab luar negara seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam, tetapi akan dimuktamadkan kemudian

bottom of page