top of page
  • newsatmy

Lohan pilih pegawai bank sebagai teman hidup

30 NOVEMBER 2021

LOS ANGELES: “Cinta, nyawa, keluarga dan masa depan saya”.


Demikian perkongsian gembira penyanyi dan pelakon popular antarabangsa, Lindsay Lohan mengenai lamaran kekasihnya, Bader Shammas.


Menerusi perkongsian yang sama, Lohan mempamerkan cincin tunangnya yang bertatahkan berlian dengan kapsyen penuh terujaan.


Lohan memilih bakal pegawai bank itu sebagai teman hidup selepas mula dlihat bersama menghadiri sebuah festival muzik di Dubai pada tahun lalu.



Pasangan itu akhirnya bersikap terbuka mengenai hubungan mereka dan direstui oleh ibu penyanyi itu, Dina Lohan.


Meski pun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni, keperibadian Shammas dalam bidang perbankan stabil dan berjaya.



Malah, dia juga bertanggungjawab mengendalikan kewangan orang di Credit Suisse.



Sebelum ini, bintang filem penuh kontroversi itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov namun hubungan itu kecundang sekitar tahun 2016.


Selain itu, Lohan juga pernah dikaitkan bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama dan Aaron Carter.

bottom of page