top of page
  • newsatmy

Lokasi tular 'laut terbelah' di Pantai Mek Mas ditutup

21 Oktober-KOTA BAHARU

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengambil tindakan menutup sebahagian kawasan Pantai Mek Mas di sini yang merupakan lokasi berlakunya fenomena ‘laut terbelah’ baru-baru ini.

Penutupan sebahagian kawasan pantai bermula Isnin lepas,ia dilakukan demi keselamatan kepada orang ramai yang berkunjung ke pantai itu apabila fenomena tersebut tular di media sosial.

Fenomena itu berlaku sejak lebih sebulan lalu disebabkan air surut yang kemudian membentuk beting pasir hingga membolehkan orang ramai berjalan ke tengah laut.


Ketua kampung Mukim Kampung Che Latif, Zinuddin Daud berkata, pihak berkuasa telah memasang pita kawasan larangan di sebahagian kawasan pantai bagi mengelakkan orang ramai terus berkunjung ke situ.Sebahagian benting pasir juga telah tenggelam disebabkan ombak besar.

Beliau berharap pengunjung akur dengan arahan itu dan tidak berkunjung ke Pantai Mek Mas dalam masa terdekat.

“Kita telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa bencana di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di sini mengenai perkara itu. Demi faktor keselamatan pengunjung, masyarakat setempat mencadangkan agar pengunjung tidak masuk ke lokasi pantai terbelah itu.


“Kami bimbang jika mereka ke kawasan itu dan berlaku kejadian yang tidak diingin. Waktu ini juga sudah bermulanya musim tengkujuh dan kita perlu ambil langkah segera demi keselamatan umum,” katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Mek Mas.

bottom of page