top of page
  • Writer's pictureNihaba

‘Long Covid’ Ekonomi, Rakyat Berharap Skim i-Citra Disambung – Ahmad Zahid

15 Disember 2021

KUALA LUMPUR– Kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suam-suam kuku ternyata memberi implikasi ekonomi yang sangat teruk, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi negara, malah terhadap ekonomi rakyat dan pasti mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.


“Jika kerajaan baharu sedang berusaha memulihkan kewangannya, begitu juga rakyat kebanyakan.

“Jika ada istilah ‘long covid’ dalam aspek kesihatan, ini pula boleh dianggap sebagai ‘long covid’ dalam aspek ekonomi.

“Justeru, ramai berharap Menteri Kewangan memenuhi permintaan rakyat supaya menyambung skim i-Citra,” katanya itu dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya lagi, pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi wajar dibenarkan untuk mengeluarkan wang mereka sekali lagi.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat bertahan sedikit masa lagi dengan harapan keadaan akan bertambah baik selepas itu,” katanya.


Ulasnya, ini berikutan moratorium bayaran balik pinjaman dan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Citra bakal berakhir bulan ini.

“Bagaimanapun saya difahamkan tidak semua rakyat telah bersedia untuk kembali membayar komitmen mereka.

“Masih ada belum mendapat pekerjaan yang stabil, yang berniaga juga belum memperoleh keuntungan dan sebagainya,” ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Commentaires


bottom of page