top of page
newsatmy

Mahathir tegur calon jual namanya dalam PRN Melaka

11 November 2021

Dr Mahathir Mohamad menegur calon yang mengaitkan dirinya dan parti itu dalam pilihan raya negeri Melaka.


Beliau merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanahair.


Beliau tidak menyebut secara khusus calon tersebut dan menegaskan Pejuang tidak menyokong mana-mana pihak atau meletakkan calon proksi.


Dengan penjelasan itu,beliau berharap tiada lagi individu atau parti yang sedang berkempen dikaitkan dengan dirinya.

Pejuang sebelum ini memutuskan tidak bertanding dan tidak akan membantu mana-mana calon kerana merasakan pilihan raya tidak sesuai diadakan susulan penularan Covid-19.


Parti itu bimbang berlaku gelombang baru seperti selepas PRN Sabah tahun lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

Comments


bottom of page