Mahkamah benar Rosmah dapat pasport semula, undang-undang Malaysia lemah - Netizen
17 Oktober 2021
Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan Rosmah Mansor agar pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Singapura untuk menemani anaknya bersalin.
Pasport akan dikembalikan kepada Rosmah supaya beliau dapat pergi ke Singapura mulai 22 Oktober.
Beliau mesti pulang sebelum 21 Nov dan mengembalikan pasport ke mahkamah pada atau sebelum 6 Disember.
Dalam permohonan difailkan, Rosmah berkata, beliau mahu menemani anaknya, Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua di Singapura tidak lama lagi.
Menurut Rosmah, Nooryana yang menetap bersama suaminya, rakyat Kazakhstan Daniyar Kessikbayev, di Singapura mempunyai sejarah mengalami komplikasi ketika bersalin.
Laporan media berhubung keputusan mahkamah memulangkan pasport sementara Datin Seri Rosmah Mansor bagi menemani anak perempuan bersalin di Singapura dikecam teruk warganet republik tersebut.
Dalam perkongsian berita yang dikongsi di akaun Facebook mothership, warganet dipercayai pengguna media sosial Singapura mengkritik keras hasrat Rosmah dan Najib.
Malah tidak kurang juga yang tidak mengalu-alukan kedatangan mereka memandangkan terpalit dengan banyak pertuduhan di mahkamah Malaysia ketika ini.
"Itu hanya alasan dia. Bagaimana dia boleh dibenarkan berjalan ke luar negara ketika berdepan kes mahkamah? Ini menunjukkan lemahnya undang-undang Malaysia. Dia tidak layak diberikan layanan istimewa VIP lagi sepatutnya?
"Saya harap kerajaan Singapura tidak memberi layanan istimewa untuk mereka tidak perlu
menjalani kuarantin wajib 10 hari sama seperti yang diwajibkan kepada rakyat Malaysia memasuki Singapura
Ruangan komen dalam akaun Facebook Mothership dihujani ratusan komen yang majoritinya melahirkan rasa tidak puas hati dengan kebenaran mahkamah Malaysia yang memulangka pasport sementara kepada Rosmah dan Najib itu.
Cucu Najib Razak dilahirkan di Singapura, menantunya berasal dari Kazakhstan, bukan seorang warganegara Malaysia.
Mengikut undang-undang Malaysia, jika bapa bukan warganegara Malaysia, bayi yang dilahirkan juga tidak boleh mendapat kerakyatan Malaysia.
Namun, adakah akan ada undang-undang 'backdoor' untuk Najib menyelamatkan dan mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk cucunya?
Comentarios