top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Malaysia dijangka beralih ke fasa endemik dalam dua ke tiga minggu lagi - Hishamuddin

18 Januari 2022

Malaysia dijangka bakal beralih dari fasa epidemik ke endemik dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, lapor Harian Metro.


Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pihaknya menangguhkan fasa itu kerana masih menunggu laporan situasi semasa kesan daripada banjir, varian Omicron dan pengembara yang kembali ke Malaysia terutamanya dari Arab Saudi.


Beliau dijangka menerima taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar dan pihak lain pada Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 berhubung isu berkenaan minggu depan.


Selepas itu, hal berkenaan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Covid-19 dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Jelasnya lagi, keputusan peralihan ke fasa endemik akan dibuat dan diumumkan oleh Perdana Menteri selepas dipersetujui oleh jawatankuasa terbabit.


"Yang penting peralihan tidak dilakukan secara semborono. Kita tetapkan tujuh asas perlu dipatuhi orang ramai dan ini boleh kita maklumkan kepada media melalui setiausaha akhbar saya berkaitan dengan pengurangan SOP, pendekatan ujian kendiri dan beberapa perkara lain,


"Kita dah kena biasakan diri hidup ‘bersama’ virus COvid-19 ini. Bila masuk fasa endemik ni, harap semuanya tidak terus terleka dan terus patuhi SOP," ujarnya.

bottom of page