top of page
Writer's pictureMatha Ahmad

Malaysia-Indonesia jalin kerjasama iktiraf sijil Vaksinasi

19 Oktober KUALA LUMPUR

Malaysia dan Indonesia sedang berbincang bagi mengiktiraf sijil vaksinasi masing-masing bagi memudahkan rancangan membuka sempadan kemasukan bagi rakyat kedua-dua negara, khususnya dalam sektor pelancongan.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata kedua-dua negara mempunyai aplikasi hampir sama bagi mengesan status pelalian Covid-19 iaitu MySejahtera di Malaysia dan PeduliLindungi di Indonesia.

Ini boleh dijadikan sebagai asas untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi, katanya pada sidang media secara maya bersama Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi di Jakarta, semalam.

Selain itu beliau berkata perancangan lebih menyeluruh perlu dilakukan sebelum pergerakan rentas sempadan rakyat kedua-dua negara dibuka semula.

“Saya mencadangkan mungkin ada beberapa fasa. Mungkin fasa pertama, fasa kedua, dan ini bergantung kepada sektor tertengtu atau perkara yang harus didahulukan. Misalnya, lawatan rasmi pegawai kerajaan harus diutamakan terlebih dahulu,” katanya.

Saifuddin juga berkata kedua-dua negara boleh mempertimbangkan langkah-langkah seperti pembukaan laluan hijau timbal balik, menyediakan koridor perjalanan dan laluan khas individu yang lengkap divaksin.

Menurutnya kerjasama itu akan menyumbang ke arah pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur, sekali gus merangsang aktiviti ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

“Buat masa ini, pelaksanaan gelembung perjalanan boleh memberi keutamaan kepada perjalanan rentas sempadan bagi tujuan rasmi serta perniagaan, dan beransur-ansur dibuka bagi tujuan lain seperti pendidikan, pelancongan dan sosial.

“Antaranya, kedua-dua negara boleh meneroka untuk menghubungkan destinasi kawasan hijau di negara masing-masing yang akan berfungsi sebagai pintu masuk,” katanya. – Agensi

Comments


bottom of page