Arissa Azman
MALAYSIA tegas dalam isu libatkan keselamatan negara
20 Jun 2021

Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Ismail Sabri mengetuai Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-15 dan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ke-8 (ADMM-Plus) secara sidang video.
Mesyuarat tersebut dihoskan oleh negara Brunei Darussalam dan dihadiri oleh Menteri Pertahanan dan wakil negara anggota ASEAN dan juga rakan dialog PLUS iaitu Australia, China, Jepun, India, New Zealand, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat.
Malaysia membangkitkan isu ketegangan di Laut China Selatan (LCS) dan mahu supaya semua pihak mengambil pendekatan sederhana di LCS dan mengamalkan sikap saling hormat menghormati.
Malaysia juga menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.
--PN Online