top of page
  • newsatmy

Mancini senaraikan Pobega perkuat Itali

6 November

ROM: Pengendali Itali, Roberto Mancini memanggil pemain tengah Torino, Tommaso Pobega buat pertama kali untuk skuadnya bagi aksi kelayakan Piala Dunia.

Mancini menyenaraikan 28 pemain untuk dua aksi terakhir Kumpulan C menentang Switzerland pada 12 November di sini dan Ireland Utara tiga hari kemudian di Belfast.

Pobega, 22, ketika ini dipinjamkan ke Torino oleh AC Milan, satu-satunya muka baharu dalam skuad juara Eropah itu yang kehilangan Marco Verratti (Paris Saint-Germain), Matteo Pessina (Atalanta), Rafael Toloi (Atalanta) dan Leonardo Spinazzola (Roma) akibat kecederaan.

Itali dan Switzerland mendahului kumpulan dengan 14 mata tetapi The Azzurri mempunyai kelebihan perbezaan jar


Juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir di Qatar tahun depan manakala naib juara akan berdepan aksi playoff.


Itali terlepas saingan Piala Dunia di Russia pada tahun 2018 - kegagalan pertama mereka menyertai kejohanan terbesar dunia itu dalam tempoh 60 tahun.


Berikut senarai skuad Itali:

Penjaga gol: Alessio Cragno (Cagliari), Gianluigi Donnarumma (Paris SG/FRA), Alex Meret (Napoli), Salvatore Sirigu (Genoa)

Pertahanan: Francesco Acerbi (Lazio), Alessandro Bastoni (Inter Milan), Cristiano Biraghi (Fiorentina), Leonardo Bonucci (Juventus), Davide Calabria (AC Milan), Giorgio Chiellini (Juventus), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Emerson Palmieri (Lyon), Gianluca Mancini (Roma)

Tengah: Nicolo Barella (Inter Milan), Bryan Cristante (Roma), Jorginho (Chelsea), Manuel Locatelli (Juventus), Lorenzo Pellegrini (Roma), Tommaso Pobega (Torino), Sandro Tonali (AC Milan), Nicolo Zaniolo (Roma)

Penyerang: Andrea Belotti (Torino), Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Bernardeschi (Juventus), Federico Chiesa (Juventus), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Giacomo Raspadori (Sassuolo)

- AFP

Comments


bottom of page